Solekan untuk majlis pada siang hari dan malam perlu dibezakan jika tidak kecantikan wajah tidak akan terserlah.
Asas penjagaan Kulit
Samaada nak try mekap teknik yang baru, pastikan kulit wajah sentiasa bersih. Jangan lupa penjagaan asas kulit wajah iaitu membersih, menyegar dan melembab. Tanpa wajah yang bersih, mekap tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
Mata
Kebanyakan wanita tercari2 tips-tips mekap untuk mata bagi menyerlahkan lagi mata mereka. Guna eyeliner yang natural contohnya coklat gelap ataupun kelabu, adalah satu contoh yang baik. Mata akan kelihatan tidak begitu garang berbanding penggunaan eyeliner hitam. Letakkan secara nipis je di atas dan di bawah garis mata. Ni kalau nak mekap nampak natural la..Kalau nk pegi kenduri ke majlis ke, nk kena mekap tebal skit la. Lain plak tips mekapnya.
Bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.
Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel. Namun, warna terang yang digunakan bukannya yang terlalu bersinar seperti merah dan oren kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.
Bagi mereka yang ada lingkaran gelap di bawah mata, anda disyorkan menyamarkan lingkaran tu dulu sebelum memekapkan mata. Gunalah concealer dari warm tone, yang akan menyamarkan kesan gelap tu. Letakkan concealer tu di bahagian bawah mata, seboleh-bolehnya bermula dari bahagian bawah tempat keluar air mata tu. Sapukan sampai ke bawah sampailah ke penghujung mata.
Lepas dah letak tu jangan lupa pulak blendkan dengan berus ke, sponge ke ataupun kalau nak jimat tu blendkan je dengan tangan.. boleh aje asalkan tak nmpak lingkaran putih plak kt bwh mata. Blendkan biar concealer tu sekata dengan kulit wajah. Kalau sesapa nk guna mskara ke, jgn lupa pakai yang waterproof, takut sat gi maskara plak yang buat lingkaran bwh mata..
Kalau ada sesiapa yang mata sembab tu, seboleh-bolehnya jgn pakai mekap kat mata tu tebal2 sangat. Letak eyeshadow nipis2 je, begitu gak dengan eyeliner. Ini boleh, mengurangkan tumpuan pada mata yang sembab tu td.