• Kelas Facial
  • di

    Saturday, October 24, 2009

    Tips Untuk Make UP

    Kebanyakan dari kita merasa tidak lengkap sekiranya tidak bermekap..tak tau la org lain kan, tapi ayu rasa macam tu la. Kalau tak mekap nk pndang muka orang pun malu hu..hu. Tapi harus ingat, bermekap kena ada gayanya, silap mekap, nnti orag ingat badut terlepas pulak. Pemakaian mekap ni macam satu seni la. Nampak mcm senang, tapi bila nak buat tu belum tentu nampak cantik. Nak mekap ni kena la tau struktur muka dan apa yang bersesuaian dengan kondisi muka kita. Bahan mekap kena la blend dengan betul, tak mau la nmpak garis-garis atau berbelak kt muka tu. Kalau kena gaya..fuh meletops..

    Solekan untuk majlis pada siang hari dan malam perlu dibezakan jika tidak kecantikan wajah tidak akan terserlah.



    Asas penjagaan Kulit
    Samaada nak try mekap teknik yang baru, pastikan kulit wajah sentiasa bersih. Jangan lupa penjagaan asas kulit wajah iaitu membersih, menyegar dan melembab. Tanpa wajah yang bersih, mekap tidak dapat dilakukan dengan sempurna.



    Mata

    Kebanyakan wanita tercari2 tips-tips mekap untuk mata bagi menyerlahkan lagi mata mereka. Guna eyeliner yang natural contohnya coklat gelap ataupun kelabu, adalah satu contoh yang baik. Mata akan kelihatan tidak begitu garang berbanding penggunaan eyeliner hitam. Letakkan secara nipis je di atas dan di bawah garis mata. Ni kalau nak mekap nampak natural la..Kalau nk pegi kenduri ke majlis ke, nk kena mekap tebal skit la. Lain plak tips mekapnya.

    Bagi solekan waktu malam, warna yang digunakan lebih cerah dan terang supaya dapat menyerlahkan lagi wajah seseorang itu.

    Pembayang mata dengan warna terang ini dapat menyerlahkan seri wajah dengan rona gelap malam hari selain mengambil kira kesan gemerlapan cahaya lampu pada majlis yang biasanya diadakan di hotel. Namun, warna terang yang digunakan bukannya yang terlalu bersinar seperti merah dan oren kerana ia akan memberi kesan sebaliknya.

    Bagi mereka yang ada lingkaran gelap di bawah mata, anda disyorkan menyamarkan lingkaran tu dulu sebelum memekapkan mata. Gunalah concealer dari warm tone, yang akan menyamarkan kesan gelap tu. Letakkan concealer tu di bahagian bawah mata, seboleh-bolehnya bermula dari bahagian bawah tempat keluar air mata tu. Sapukan sampai ke bawah sampailah ke penghujung mata.

    Lepas dah letak tu jangan lupa pulak blendkan dengan berus ke, sponge ke ataupun kalau nak jimat tu blendkan je dengan tangan.. boleh aje asalkan tak nmpak lingkaran putih plak kt bwh mata. Blendkan biar concealer tu sekata dengan kulit wajah. Kalau sesapa nk guna mskara ke, jgn lupa pakai yang waterproof, takut sat gi maskara plak yang buat lingkaran bwh mata..

    Kalau ada sesiapa yang mata sembab tu, seboleh-bolehnya jgn pakai mekap kat mata tu tebal2 sangat. Letak eyeshadow nipis2 je, begitu gak dengan eyeliner. Ini boleh, mengurangkan tumpuan pada mata yang sembab tu td.

    Akhir sekali, jgn lupa kemaskan kening tu. Kening yang tak terjaga, akan memburukkan lagi penampilan seseorang walaupun mekap bagai nak rak. Kalau tak tau cara nak rapikan kening, mintak bantuan pakar atau pun jika ingin lebih jimat, belajarlah untuk merapikan kening anda sendiri. Ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar jika anda tahu caranya. Jangan sesekali mencukur habis kening anda atau menjadikannya terlalu nipis, kerana sekarang ni dah tak jadi trend lg dah. Yang penting ia mestilah nmpak natural..

    Monday, October 19, 2009

    Shopping Di IKEA

    ni la benda yg aku beli kat IKEA (Detolf Glass RM179.00)
    haa... aku nak display brg Mary Kay la...


    yg ni stok untuk barang mk
    Hai...
    Ari ahad 18 Oktober 2009, aku da dapat apa yang aku idam-idamkan selama ini....
    APa la benda tu kan... Benda tu la ialah Detolf Glass Door...
    Da lama aku survey tapi harga leh tahan la... Kali ni IKEA buat promosi aku apa lagi terus grab la.... harga yg amat patut RM179.00 shj...

    Rupanya ramai gak yg beli bendalah ini.

    Cuba korang teka apa aku nak buat ngan benda ni... Adalah.... rahsia...

    Nanti aku upload pix ok....


    Saturday, October 17, 2009

    Time Wise Firming Eye Cream


    Time Wise Firming Eye Cream



    Memejal, mencerah dan membekalkan lembapan mendalam kepada kulit halus di sekitar mata anda dengan krim mata mewah yang juga mengurangkan garis halus dan kedutan.

    Keselesaan Maksimum, Keserian Maksimum - Nourishine Lip Gloss


    Warna tahan lama, kekal seperti asal, meluncur dgn tekstur ringan dan berkrim bagi memberikan impak warna maksimum yg tahan lama.

    Pengilat bibir boleh mengurangkan ton rona lipstik & menampilkan kilauan lembut.

    Boleh dipakai begitu shj utk melembapkan bibir dgn sedikit warna.

    Cubalah kesemua 7 rona yg disediakan utk anda.



    1) Berry Sparkle



    2) Gold rush


    3) Coral Rose

    4) Sweet Raisin


    5) Beach Bronze


    6) Starry


    7) Pink Diamond

    Mineral Eye Colour





    Formula dgn bes mineral baru ini sgt terkenal dgn daya serapan minyaknya, mudah dipakai dan liputannya sungguh cemerlang.

    Bertenaga, tahan lama, tahan pudar dlm formula berasaskan mineral utk menghasilkan warna yg terang, tahan kedut serta tampak hebat pada semua jenis kulit.


    Terdapat 25 color yg menarik:-



    Chocolates

    1) Hazelnut
    2) Chocolate Kiss
    3) Granite
    4) Espresso

    Neutrals
    5) Honey Spice
    6) Silky Caramel
    7) Amber Blaze
    8) Sienna
    9) Cinnabar

    Pinks
    10) Sweet Pink
    11) Precious Pink

    Blues
    12) Blue Metal
    13) Denim Frost
    14) Navy Blue

    Amethysts
    15) Dusty Lilac
    16) Iris
    17) Sweet Plum

    Midnights
    18) Steel
    19) Coal

    Creams
    20) Crystaline
    21) Sweet Cream
    22) Moonstone
    23) Spun Silk

    Greens
    24) Lemon Grass
    25) Golden Olive


    Bibir Yg Lembut Lagi Seksi







    Bibir yang lembut membahasakan seribu bahasa. Ia dpt membawakan penampilan yang luar biasa menarik. Bibir yang lembut, licin dan dihidratkan dgn rona lembut tetap tampil menawan. Warna yg tahan pakai, kekal seperti asalnya meluncur ringan dgn tekstur berkrim utk menampilkan bibir yg menarik. Pilihlah drpd 19 rona pencantik bibir.

    Pinks
    1) Hibiscus
    2) Dusty Rose
    3) Pink Satin
    4) Paradise Pink
    5) Pink Melon

    Berries
    6) Berry Kiss
    7) Whipped Berries
    8) Apple Berry

    Metals
    9) Golden
    10) Garnetfrost
    11) Sheer Blush

    Tawnies
    12) Sunset
    13) Sweet Nectar
    14) Sunburst

    Neutrals
    15) Shell
    16) Toffee
    17) Frosted Rose

    Chocolate
    18) Amber Suade
    19) Red

    LIPS TREATMENT - Lip mask n Lip Balm


    Satin lips - Lip Balm 'n' Lip Mask

    Ramai di kalangan wanita mengalami bibir kering, kusam dan kehitaman. Biasanya bibir kering mungkin kerana kekurangan air dalam badan. Bibir kusam pula kerana merokok atau pemakaian lipstik yang mempunyai pigment yang tinggi atau di panggil 'LEAD'.

    Jadi semasa anda ingin membeli lipstik, selidik dulu samada lipstik tu jenis yg tahan lama atau tidak? Selalunya jenis yg tahan lama akan merosakkan bibir. Lipstik yang murah pun begitu juga, tetapi ada juga lipstik yg berjenama terkenal boleh merosakkan bibir anda. Ini semua adalah kerana kandungan lead tersebut.

    Wanita tidak sedar yang apa saja lipstik yang dioles di bibir itu boleh mendatangkan bahaya dan keburukkan akibat bahan yang terkandung di dalam sebatang lipstik.

    Produk ini ialah Satin Lips Lip Mask dan juga Satin Lips Lip Balm.

    Caranya dengan meletakkan sedikit sahaja di hujung jari anda dan sapukan ke bibir, biarkan selama 2 minit, kemudian gosokkan secara membulat sehingga keluar lapisan kulit kering jika ada, bersihkan dan keringkan dan oleskan pula Lip Balm bagi melindungi bibir tersebut. Amat mudah dan tak sampai 5 minit untuk mendapatkan rawatan bibir yang cepat.

    Hasilnya bibir menjadi kemerahan, dan nampak lebih tegang serta lembut dan halus. Tak percaya kena cuba dulu baru tahu.

    Pemakaiannya hanya sekali seminggu untuk Lip Mask dan untuk hariannya bolehlah memakai Lip Balm sebelum memakai Lipstik.

    Lip Mask RM45, Lip Balm RM35